Tuesday, March 31, 2009

kelas...

sedihnye... aku tak dapat masuk kelas sebab lambat! bukannye sengaje! aku t'tido... sedih tahap gaban r skrg!
tapi bukan aku sorg je la yang t'kunci kat luar... ade lagi 3 orang kawan aku yang turut same lambat tak dapat masuk! sedih wu... dahla blok u ngan sektor b jauh! (takla jauh sngat! saje buat rase tak puas hati! hehehe...)

x pela... jadikan ni sebagai pngajaran untuk tak buat lagi...

Monday, March 23, 2009

bende yang aku tak ske t'jadi pade aku bile aku kat U...

  1. aku demam... (cm sekarg ni...) sedih! dah 3 hari demam aku tak kebah!huhuhu... bile gi penawar lak... penawar ramai org! hampeh!
  2. aku kekurangan duit! biase r... ramai yang tak suke bile dah x de duit tu kan? kat mane2 pun org tak suke...
  3. roommate aku buat aku macam aku ni wujud x wujud je... tension r! geram pun ade gak! (baik ngan aku time dlm kesusahan je...) arghhhhh!!!!!!!!!!
  4. kelas aku yang sepatutnye start kol 8 tapi mule kol 10... dah la dah menunggu 2 jam... boleh lak die xtend lag! isy!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, March 19, 2009

something about me...




something about me...
  1. my favourite food... mee curry and chicken rice. aku tak berape suke asam pedas, patai, jering and petola. asam pedas aku just makan time die tengah fresh and hot lagi!

  2. minuman kegemaran aku lak... milo ice, air kotak chocolate dutchlady and mineral water.

  3. mane2 aku gi mesti ade 2 bende ni... nips and air kotak chocolate dutch lady( nak tahu kenape? ntah... aku sendiri tak tahu...)

  4. aku punye myspace e-mail and ym same je... n_syahkimi207@yahoo.com. (ramai cakap ni name my bf aku...) sebenarbye bukan... n stand for nur ainul balqis, syah for aeyman syahmi and the last one kimi; akmal hakimi. 3 hambe ALLAH ni anak sedare aku...

  5. colour that i like? purple. why? ntah... aku tak berape nak suke pink (bukan benci)!

  6. i like to read books and play games... buku yang aku ske? (novel, komik, motivation books and buku2 agame)

  7. kat uitm ni... aku la supplier komik pade kawan2 aku. ex-roomate aku yang dulu tak ske bce pun dah mule bace... hahaha

  8. aku ni alittle bit childish... aku ske tengok cite katun. contoh katun aku suke? (kyo kara maoh, la corda doro primo passo, naruto, bleach, alice academy and many more) cite reality yang aku ske lak (cite yang tak banyak sangat konflik, cite lawak, romantis and maybe sad story).


Wednesday, March 18, 2009




Hadis : Mewarnakan Rambut
Hadis :Dari Ibnu Sirin r. A katanya:."Aku bertanya kepada Anas bin Malik r.a:"Adakah Rasulullah s.a.w mencelup rambut baginda?" jawab Anas:"Baginda tidak kelihatan beruban, kecuali di janggutnya nampak beberapa helai rambut putih." Kata Ibnu Sirin:"Aku betanya pula kepadanya, adakah Abu Bakar mencelup rambutnya?" Jawab Anas:"Ada. Dengan inai." (Muslim)


Huraian :Sebahagian daripada perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan rambut atau janggut yang telah beruban. Tetapi dengan warna apa dibenarkan mewarna rambut? Apakah dengan warna hitam atau warna-warna lain? Atau mesti mengelakkan dengan warna hitam? Orang yang telah tua, ubannya telah merata sama ada di kepala ataupun di janggut, tidak selayaknya mewarnakannya dengan warna hitam. Oleh itu, ketika Abu Bakar membawa bapanya Abu Qufahah ke hadapan Nabi s.a.w. pada hari penaklukan Mekah, Nabi melihat rambutnya seperti pokok Thughamah yang terlalu putih buah dan bunganya.


Nabi bersabda: "Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam." (HR Muslim).


Manakala mereka yang tidak sebaya dengan Abu Qufahah, tidaklah berdosa apabila mewarna rambutnya dengan warna hitam. Dalam masalah ini al-Zuhri telah berkata: "Kami mewarna rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah goyang, kami tinggalkan warna hitam." (Fathul Bari)


Dan di dalam sebuah hadis riwayat Abu Zar mengatakan: Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarna uban ialah pokok inai dan katam." (HR Tarmizi dan ash-habusunan)


Katam adalah sejenis pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan. Dan Inai sejenis pokok berdaun yang mengeluarkan warna merah.


Anas bin Malik meriwayatkan, bahawa Abu Bakar mewarna rambutnya dengan inai dan katam, manakala Umar hanya dengan inai sahaja.

p/s: aku amik ni dari:
http://www.dakwah2u.blogspot.com/
selalu2la masuk laman ni ye... amik keberkatan

Friday, March 13, 2009

assalamualaikum...




kepada semua... janganlah beli kismis ini...

kismis ini merupakan buatan U.S.A...



P/S: TOLONGLA SAUDARA MARA KITA!!!

Wednesday, March 11, 2009



25/02/2009

memangla mule2 tu excited gile nak gi kelas Puan R (betul! aku tak tipu!) pade mulenya aku salin semua dia punya nota and ape yang aku rase penting dalam penjelasan die. tapi lame2 Puan R... entah ke mana... tumpuan aku entah dah kemana! yang penting... aku dah keboringan!hahaha...


dahla pagi tu lambat gi kelas (bukan sengaje... aku tunggu kawan)lepas tu tak bagi tumpuan lagi pade ape yang dia ajar... tak ke macam sengal je aku ari tu!


ni semua salah abang senior tu...(ceh... salah sendiri! nak salahkan orang lakkan?) dalam tengah belajar tu... tibe2 Puan R jadikan masak kari sebagai contoh... die pun tanyela bahan2 yang ade dalam masak kari... mule2 tu abang senior ni cakap semua bahan-bahan die betul! tibe2 bleh lak die cakap masak kari ade letak daun kesom. dahla tu cakap confident je... orang dah cakap salahpun die tetap nak tegakkan benang yang dah basah.


dari situ bermulela kehilangan tumpuan aku pade segala penerangan Puan R... hehehe... aku ni jenis... kalau dah rajin... janganla ade yang spoil aku punye tumpuan tu! bila dah ade yang spoil pe lagi... aku buat keje sendiri r...


dulu... kalau aku boring or tension or sad... aku akan letakkan semua perasaan aku pade buku private aku (sesape yang bace mesti tak tahu itu luahan hati aku sendiri), pade novel aku (time nila selalunye aku dapat banyak idea nak buat story), and lastly pade rekaan baju aku (tak cantikpun... sebab aku tak reti design or melukis)


nak cerita kebosanan aku pade buku private aku... aku tak bawa gi kelas! nak letak dalam novel aku... aku tak bawa buku conteng novel aku! last choice... design entah ape2 baju... hehehe...


yang abang senior yang lagi tadi tak tegur aku walaupun aku duduk sebelah die tibe2 tegur "nak jadi designer ke?"


of course not! aku just lukis2 je la... kawan2 aku lak tak bleh blah... banyak gile komen2 tak memberangsangkan diorang bagi pade design baju aku! terime je la... lagipun bukannye aku nak jual puan design baju tu...(x ade org nak beli kot... hehehe...)